Sinopsis

Dalam diri manusia terdapat dua benda yang sering mengawal perbuatan antara satu sama yang lain iaitu
akal dan nafsu.Sekiranya akal berada di kedudukan atas maka nafsu akan dikawal dan segala perbuatan akan dipertimbangkan dengan logiknya akal. Jika sebaliknya akan datang musibah kepada diri sendiri kelak. Seperti yang sedia maklum, kita hendaklah mengawal nafsu kerana benda yang terbesar didunia adalah nafsu dan tidak ada satu perkara pun yang baik berkaitan nafsu.

Secara umum nafsu boleh dikaitkan dengan keinginan, kehendak, dan kemahuan yang kuat serta dorongan hati yang kuat. terdapat beberapa jenis ketagori nafsu dan antaranya ialah seperti nafsu amarah, nafsu lawamah dan nafsu mutma'innah.

Video stop motion yang dihasilkan menceritakan antara nafsu dan akal seseorang dan dibentangkan dengan menggunakan element - element seperti:
orang =  mewakili akal kerana manusia sajalah yg mempunyai akal yang sempurna.
bayang-bayang = mewakili watak nafsu kerana bentuk tidak statik dan sering berubah2.
warna = metafora untuk persekitaran
muzik = menimbulkan emosi serta menghidupkan persekitran.

watak orang(akal) duduk dikawasan yang putih dan ditemani dengan bayang-bayang(nafsu) sendiri dan mula berdiri untuk berjalan ke dunia luar. Melalui kawasan-kawasan yang semakin dicemari oleh gejala yg buruk. Ketika tu bayang-bayang masih lagi mengikut gerak-geri orang. Nafsu cuba untuk memberontak dan semakin membesar sedikit demi sedikit. Dengan dorongan keinginan yang kuat, nafsu menguasai orang dan mula meninggalkan orang(membawa maksud nafsu mengawal akal). Bermula dengan gejala permulaan iaitu mula merokok,gaduh,mengikut kumpulan, mengambil pil dan menghidu gam, peras ugut, mencuri(meragut). Pada satu ketika, bayang-bayang menjadi bercelaru kerana fikiran telah buntu untuk melakukan sabarang perbuatan dan lama - kelamaan bayang duduk sambil kedua-dua tangan memegang kepala tandanya KEBUNTUAN ARAH TUJU dan pada masa yang sama latarbelakang bercelaru dengan warna lain hingga latarbelakang menjadi gelap.Teknik imbas kembali hinggalah part pertama yang mana orang berdiri dan melalui suasana yang dialami sebelum ini tanpa menghiraukan apa - apa..

Penekanan - akal digunakan untuk membezakan perkara yang baik atau buruk dan nafsu mendorong ke satu kehendak yang mana satu kehendak membawa manusia ke syurga atau sebaliknya.