Apa itu Stop Motion
Stop Motion yang juga dikenali sebagai stop action dan frame by frame ataupun dalam bahasa Melayunya gerak pegun merupakan animasi yang menggunakan patung sebagai medium dalam sesuatu penceritaan berbanding dengan kaedah penceritaan yang biasa digunakan iaitu dengan menggunakan lukisan-lukisan yang dilukis sebelum penggambaran dilakukan. Patung-patung stop motion ini pula akan digunakan dalam penggambaran dengan menggerakkan patung-patung tersebut supaya berlaku pergerakan dan juga nampak hidup. Gambar-gambar yang dihasilkan pula akan disusun menjadi satu video yang seolah-olah bergerak. Dengan kata lain, teknik video ini dimainkan secara berterusan mengikut scene yang diatur dengan pergerakan yang dilakukan sedikit demi sedikit. Bagi menghasilkan video jenis ini memerlukan usaha serta kesabaran yang tinggi kerana ia sangat sukar dihasilkan.
Sejarah Stop Motion
Stop Motion merupakan sebuah teknik animasi yang dapat membuatkan sesuatu benda pegun akan dilihat bergerak.Teknik stop motion ini pertama kali ditemukan oleh Stuart Blankton pada tahun 1906, iaitu dengan menggambarkan ekspresi wajah sebuah karakter kartun di atas papan tulis kemudian gambar tersebut diambil dengan still camera, lalu gambar dipadam dan digambarkan ekspresi berikutnya dan dipotretkan kembali, dan seterusnya dilakukan berulang-ulang. Proses kerjanya adalah dengan mengambil setiap satu frame gambar dan dipotret sekali. Gambar yang diambil diubah sedikit posisinya lalu dipotret sekali lagi. Proses ini dilakukan secara bersambungan dan berulang-ulang, sehingga kamera tersebut dijalankan dengan kecepatan tertentu, maka gambar hasil dokumentasi tiap frame tersebut akan nampak bergerak dan seolah-olah hidup.
Pelopor Amerika yang menggunakan teknik ini adalah Willis O’Brien dengan karya film animasinya King-Kong. Seorang muridnya yang bernama Haryhausen juga membuat beberapa judul filem animasi dengan menggunakan teknik yang sama (di antaranya adalah film berjudul Jason and The Argonauts). Teknik stop-motion ini adalah teknik animasi yang paling sederhana dan kebanyakan digunakan untuk efek visual dalam film di era tahun 1950-an, akan tetapi sampai saat ini masih digunakan. Dalam perkembangannya, jenis animasi ini sering menggunakan clay (tanah liat) sebagai objek yang digerakkan sehingga dikenali dengan istilah claymation. Contoh karya film claymation yang masih popular adalah Wallace and Gromit, oleh Aardman Animation; filem Chicken Run; Nightmare before Christmas karya Tim Burton, dan banyak lagi.
Jenis-jenis Stop Motion
Calymation
Stop Motion jenis ini menggunakan tanah liat ataupun plastesin sebagai alat untuk menghasilkan subjek Stop Motion. Walaupun tanah liat digunakan dalam teknik ini, namun ia bukanlah tanah liat biasa tapi tanah liat yang menggunakan tanah liat yang mempunyai bahan lentur seperti permen karet yang ditemui pada tahun 1897. Tanah liat yang digunakan akan dibentuk menghasilkan watak cerita secara terperinci bagi menghasilkan pergerakan yang cantik. Watak-watak yang terdapat dalam penggambaran dibuat dengan memakaikan rangka khusus bagi kerangka tubuhnya dan rangka tersebut ditutup dengan tanah liat dan membentuk watak yang ingin hasilkan. Salah satu filem yang mengaplikasikan stop motion claymation ini ialah filem Wallace and Gromitda dan Chiken Run.
Pixilation
Teknik ini merupakan teknik yang mengaplikasikan orang sebenar sebagai Stop Motion Puppet. Teknik ini menjadikan medium tersebut hidup dan ianya akan diaplikasikan apabila orang yang sebenar digunakan dalam filem animasi.
Go Motion
Teknik Stop Motion jenis ini sangat rumit dan sukar untuk dihasilkan. Terdapat beberapa kekangan yang terjadi semasa proses penghasilan Stop Motion jenis Go Motion ini antaranya ialah masalah kesan terputus-putus ataupun pergerakan gambar yang tidak lancar dan nampak kaku. Jadi, Go Motion dihasilkan bagi mengatasi masalah tersebut dengan menggerakkan objek menggunakan Exposure Frame By Frame. Teknik ini telah digunakan dalam filem Dragonslayer.
Antara watak yang terdapat didalamnya ialah :
Puppet Animation
selain Puppet Animation, ia juga dikenali sebagai animasi boneka. Patung yang dihasilkan diperbuat daripada bahan yang mempunyai sifat mudah lentur dan juga mudah digerakkan semasa melakukan proses penggambaran. Teknik ini menggunakan patung tiga dimensi seperti dalam filem Corpse Bride. Para animatornya akan menggerakkan sedikit demi sedikt mengikut shot bagi menghasilkan ilusi pergerakan yang cantik dan menarik. Pada kepala patung yang dihasilkan akan diletakkan sejenis alat mekanikal yang kecil bagi mengawal reaksi serta mimik muka mengikut kehendak skrip seperti sedih, marah, terkejut dan sebagainya.